Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia USIA mengutuk kekejaman yang berlaku di Myanmar

8:24am 27/11/2016 Leolerry Lajius 14 views Tempatan

KOTA KINABALU: Badan Belia  Usia Sabah mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan kejam tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan menyeru agar tindakan antarabangsa diambil bagi menamatkan perbuatan zalim itu.

Ketua Penerangan Belia Usia  Jaafar Abdul Wahid  dalam kenyataan hari ini, berkata keganasan itu diburukkan lagi apabila tentera Myanmar mendera dan menyiksa  secara beramai-ramai kaum Rohingya di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar.

Sambil menyifatkannya perbuatan tersebut sebagai  pencabulan hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya dan penghinaan yang tidak boleh diterima terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, beliau berkata kekejaman itu merupakan perbuatan menghapuskan etnik secara zalim dan sistematik.

“Penggunaan kuasa  yang zalim dengan cara tidak sewajarnya terhadap masyarakat itu, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua,  langsung tidak mempunyai justifikasi dan tidak boleh diterima sama sekali atas apa alasan sekali pun,” katanya.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya terus membisu ketika kaum Rohingya berada di jurang penghapusan.

” Jika mereka  berdiam diri dan membisu  bermakna mereka gagal dalam menunaikan tugas menjunjung prinsip keadilan dan tanggungjawab memberi perlindungan bagi memelihara keamanan dan keselamatan global,” katanya

Menurut beliau lagi masyarakat antarabangsa perlu segera bertindak untuk menamatkan segala tindakan tidak berhati perut dan menyeru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN khususnya, supaya mengambil langkah sewajarnya, sejajar dengan peruntukan termaktub dalam Piagam PBB bagi melindungi dan menghormati hak semua manusia dalam menikmati keamanan dan keselamatan.

“PBB dan dunia Islam perlu  segera menghentikan kekejaman ini yang dilihat sebagai pembersihan etenik masyarakat Islam  Myanmar, PBB perlu mengambil tindakan segara menghantar pasukan untuk mengawal dan mendamaikan keadaan di Myanmar,”katanya./SayangSabah

Jaafar Abdul Wahid.

Jaafar Abdul Wahid.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan