Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia Usia lancar tabung bantuan kebakaran Kampung Landung Ayang Kudat

9:21pm 26/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 99 views Tempatan
MUSNAH…Antara gambar kejadian kebakaran yang berlaku di kampung Landung Ayang Luat yang sempat dirakamkan semasa dan selepas  kejadian.

MUSNAH…Antara gambar kejadian kebakaran yang berlaku di kampung Landung Ayang Luat yang sempat dirakamkan semasa dan selepas kejadian.

KOTA KINABALU- Sebuah tabung bantuan mangsa kebakaran dilancarkan oleh Belia Usia Pusat untuk mangsa kebakaran di Kampung Landing Ayang Laut Kudat.

Kebakaran itu menyebabkan hampir 2,000 orang mangsa kehilangan kediaman serta harta benda mereka.

Ketua Belia Pusat, Jamawi Jaafar berkata sikap probation berharap basin yang menimpa mangsa bencana kesalahan itu perlu disemai dalam malahan masyarakat negeri ini.

Katanya, tabung itu diwujudkan untuk memberi bantuan kepada mangsa yang kini ditempatkan di pusat perpindahan sementara di Kudat.

Jamawi yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO antara keperluan yang diperlukan termasuklah keperluan peralatan sekolah bagi pelajar yang tinggal di kawasan ini, Lampin pakai buang kanak-kanak, kain sarung/Pelikat ,selimut, sejadah, Telekung Barang Makanan, segara, air minuman pakaian baru, terpakai dan dapur memasak (Gas).

“ Kita berharap tabung ini akan mendapat sokongan serta sumbangan dari orang ramai, badan badan Ngo, individu dan syarikat syarikat Koprat di negeri ini, dan antara syarikat yang bersetuju menyampaikan bantuan dan menyerahkanya secara kolaborasi alah Kumpulan BTC Berhad  selain kerjasama padu dari Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom  dari Petronas Wilayah Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, disini, hari ini.

Tambah Jamawi  beberapa pusat pengumpulan sumbangan telah dikenal pesti dan orang ramai boleh menyerahkan sumbangan mereka  di Pusat pengumpulan sumbangan di  Stesen Minyak Petronas iaitu di Stesen Minyak Petronas,MNH Service Station  di  Jalan Lintas Kepayan  menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu  dan ,Stesen Minyak Petronas Kimanis berhadapan dengan Petronas SOGT Power di Kimanis.

Menurut Jamawi lagi penerimaan  sumbangan ini, hanya dilakukan sehari sahaja  iaitu pada 29 Mei 2016 bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 5.30 petang dimana pihaknya telah menyediakan khemah bagi para penyumbang untuk  meletakkan sumbangan mereka.

“ Hasil sumbangan ini akan kita serahkan kepada penerima di Kudat pada 31 Mei 2016  secara kolabirasi bersama iaitu Belia Usia Pusat  Kumpulan BTC Berhad dan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom  “ katanya

Jamawi berkata, Belia Usia  juga menggalakkan orang ramai syarikat korprat dan individu menyumbang  dalam bentuk kewangan, kerana kaedah itu lebih mudah berbanding sumbangan pakaian dan peralatan yang melibatkan aspek logistik.

Tambahnya, pihak yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan mereka boleh salurkan  terus ke Akaun  BADAN BELIA USIA PUSAT  (CIMB BANK) nombor akaun 8005529023.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat  lanjut  mengenai tabung itu boleh menghubungi Penolong Setiausaha Mohd Taslim Haji Tahir 013-8735632 Penolong Bendahari Azman Jantan 016- 8174572 dan Ketua Penerangan Belia Usia Jaafar Abd Wahid 016-8150822.

“”Kita berharap tabung ini akan mendapat sokongan padu dari semua pihak demi menujukkan rasa keprihatinan kepada mangsa-mangsa yang terlibat” katanya.-SayangSabah

Jamawi

Jamawi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan