Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia tidak malas tetapi gaji yang tidak setimpal dengan kerja

10:57pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 10790 views Tempatan

tawfiq

KOTA KINABALU: Golongan belia di negara ini yang dikatakan malas adalah tidak benar kerana ramai dalam kalangan belia di negara ini yang sanggup dan sedang bekerja dalam pelbagai sektor.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, golongan belia di negara ini sebenarnya tidak malas tetapi ia adalah disebabkan oleh faktor gaji yang diberikan oleh majikan tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.

“Kelmarin saya dikunjungi oleh seorang belia lelaki yang bekerja sebagai buruh membina saluran paip, datang untuk meminta bantuan kerana gaji yang diberikan oleh majikan kepadanya hanya RM600 sebulan dan gaji itu tersebut di bawah paras kemiskinan tegar,” katanya ketika sidang media sempena perasmian Youth Talent Festival 2016 di University College Sabah Foundation (UCSF) pagi tadi.

Tambah beliau, golongan belia bukan tidak sanggup bekerja di sektor yang dikategorikan sebagai 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar tetapi ia disebabkan oleh faktor gaji yang diberikan oleh majikan dan situasi tersebut boleh dilihat dalam sektor cari gali minyak.

“Sebagai contohnya dalam sektor cari gali minyak ramai golongan belia yang sanggup bekerja di sektor tersebut walaupun mempunyai risiko dan terpaksa berlumuran dengan minyak  kerana gaji yang diberikan adalah setimpal dengan kerja yang mereka lakukan,”katanya.

Beliau juga menyeru kepada pihak majikan supaya memberikan gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan kepada pekerja mereka.

“Saya rasa agak kecil hati apabila orang kata belia kita pemalas, sedangkan dakwaan tersebut tidak benar kerana saya lihat mereka rajin bekerja dan sanggup bekerja di tempat yang kotor walau hanya dengan gaji RM600 sebulan,”katanya.

Tawfiq turut menyarankan kepada golongan belia yang tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran agar mengikuti kursus-kursus tertentu yang disediakan untuk mendapatkan kemahiran.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan