Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia perlu tonjol bakat bersukan- Samsudin

5:24pm 24/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Sukan,Tempatan
JUARA... pasukan Maqbull FC telah muncul juara dengan menrangkul piala dan wang tunai RM1,000.00 merakamkan gambar kenana bersama Samsudin.

JUARA… pasukan Maqbull FC telah muncul juara dengan merangkul piala dan wang tunai RM1,000.00 merakamkan gambar kenangan bersama Samsudin.

SANDAKAN- Golongan muda yang berminat sertas berbakat besar dalam dalam bidang sukan perlu mempamerkan bakat masing- masing sehingga ke tahap yang membanggakan, kata Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata, kerajaan sudah menetapkan hala tuju memberi perhatian dan penekanan kepada pembangunan bidang itu dalam usaha melahirkan lebih ramai atlit cemerlang yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.

“Sukan adalah cabang pembangunan yang sedang diberikan perhatian kerana ia bukan saja boleh menaikkan imej negeri dan negara, malah memberi peluang rakyat membina kerjaya yang menjamin masa depan.

“Bidang sukan tidak boleh lagi dianggap tidak penting sebaliknya ia industri yang mampu menjana pendapatan untuk rakyat terutama golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, anjuran Jabatan Penjara Sandakan di Padang Penjara Sandakan, baru- baru ini.

Hadir sama Zantapha Zainal Abidin, PPM Sekong, Jaafar Jakaria, Ahli Majlis MPS, ahli jawatankuasa Bahagian Umno Batu.Sapi.

Samsudin berkata, golongan muda perlu merebut peluang menonjolkan diri sebagai ahli sukan berbakat besar dan mampu mencipta kejayaan membanggakan bukan saja dalam negeri dan negara tetapi sehingga ke persada antarabangsa.

Sehubungan itu, mereka perlu belajar menjadikan sukan sebagai kerjaya yang menjamin masa depan kerana ramai rakyat negara ini dan dunia sudah membuktikan kejayaan mereka.

“Saya berharap belia-beliawanis dapat menyahut cabaran ini dan membuat keputusan awal sama ada menjadikan sukan sebagai kerjaya tetap dengan membuktikan prestasi cemerlang pada setiap kejohanan sukan yang disertai.

“Kerajaan tidak akan membiarkan bakat mereka yang cemerlang begitu saja, sebaliknya sokongan dan bantuan diberikan bagi memastikan nasib dan masa depan mereka terjamin kerana mereka adalah aset kepada negeri ini,” katanya.

Tambah Samsudin kerajaan akan terus memberi penekanan kepada bidang sukan kerana ia penting dalam pembangunan negara.

Menurutnya, sukan boleh digunakan bagi merapatkan hubungan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan berbeza peringkat umur dan latar belakang sosial.

“Langkah ini bukan sahaja untuk menjadikan Malaysia negara sukan yang memenangi banyak pingat di peringkat antarabangsa tetapi ia turut membolehkan interaksi dilakukan antara rakyat tanpa apa-apa halangan,” ujarnya.

Seramai 74 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dimana pasukan Maqbull FC telah muncul juara dengan menrangkul piala dan wang tunai.RM1,000, sementara Andatu Team menerima piala dan wang tunai RM800 sebagai naib juara, diperlawanan akhir yang telah berlangsung di Padang Penjara Sandakan.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan