Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran: Dr Yusof

Sebahagian graduan Politeknik Sandakan merakamkan kenangan kejayaan bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob. Gambar SNT/Ehsan Abu Bakar Esah

SANDAKAN: Belia perlu dididik untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar, bukan sahaja melengkapkan mereka dengan kemahiran dan asas etika yang mantap.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, belia perlu memperkasa daya tahan dan meningkatkan ciri keusahawanan bagi meneroka peluang-peluang baharu.

“Oleh itu, mahasiswa di Politeknik dan seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu lebih sedar dan melengkapkan diri bagi menghadapi persekitaran yang semakin kompleks.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob (tengah) menerima cenderamata pada penghujung majlis Konvokesyen ke-7 Politeknik Sandakan. Gambar SNT/Ehsan Abu Bakar Esah

“Revolusi industri ini pastinya akan membawa pelbagai teknologi baharu dan menggegarkan kebiasaan serta memberi kesan kepada semua disiplin ilmu, aspek ekonomi dan sektor industri.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob ketika berucap pada majlis Konvokesyen ke-7 Politeknik Sandakan. Gambar SNT/Ehsan Abu Bakar Esah

“Kita tidak boleh berdiam diri sahaja tetapi perlu masuk ke gelanggang dan menjadi game-changer,” katanya ketika berucap dalam pada majlis Konvokesyen Ketujuh Politeknik Sandakan Sabah (PSS) di sini, hari ini.

Seramai 350 graduan menerima sijil diploma daripada pelbagai bidang pengajian.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, KPM. Dr. Mohd Naim Yaakup; Pengarah PSS, Tajul Ariffin Mohamed Arif; Timbalan Pengarah PSS, Dr. Zulkefle Ismail; Ketua Jabatan Agrotek & Bio-Industri, Tony Antok dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSS, Helen Lau.

Dr. Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin berkata, Forum Ekonomi Dunia telah menggariskan lima perkara penting untuk mencapai tahap kemahiran yang unggul.

Menurutnya, mahasiswa abad ke-21 mesti memperkukuhkan diri dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks serta mahir sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang berkesan.

Disamping itu, katanya, belia juga perlu mahir dalam berkomunikasi secara lisan dan menulis selain memiliki kepintaran emosi dan mempunyai nilai integriti dan moral terpuji.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan