Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta berdaya saing- Yahya

6:38pm 09/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan
Yahya (tengah) melakukan gimik perasmian sempena Festival Belia 'Putat-Town' 2016

Yahya (tengah) melakukan gimik perasmian sempena Festival Belia ‘Putat-Town’ 2016

PUTATAN- Para Belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, ketahanan diri dan memiliki semangat daya saing yang tinggi, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah berkata terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh para Belia di negeri ini. Mereka menjadi tenaga kerja yang penting untuk negara bagi memenuhi peluang dalam pelbagai sektor awam dab swasta.

“Golongan belia merupakan penduduk yang paling ramai di negara dewasa ini. Mereka perlu memainkan peranan yang sewajarnya untuk menjadi tulang belakang dalam membangunkan negara. Golongan inilah yang bakal menentukan hala tuju negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Festival Belia ‘Putat-Town’ 2016 di Padang Majlis Daerah Putatan-, disini, hari ini.

Disamping itu, Yahya turut menggalakkan agar para belia menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara lansung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja.

“Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbangkan dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala- gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gangsterism, vandalisme, dan mencuri.

Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan menangani perkara- perkara ini,”ujarnya.

Selain itu, Yahya mengingatkan kepada para belia agar tidak terpengaruh dengan pihak atau individu yang ingin memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan