Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia perlu komited membudayakan slogan sukan

9:45am 27/04/2016 Leolerry Lajius 38 views Sukan,Tempatan
Kenangan..Hamisa bergambar kenangan belia Mukim Kalabakan.

Kenangan..Hamisa bergambar kenangan belia Mukim Kalabakan.

TAWAU: Belia perlu komited membudayakan slogan sukan untuk semua kerana ia berpotensi mewujudkan masyarakat cergas, berintegriti dan berdaya saing menangani cabaran.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata pembabitan semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan dan swasta dalam sukan akan dapat menghidupkan budaya bertegur sapa, bersatu padu sambil menegakkan kehebatan secara positif.

Katanya, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat sebagai teras dan penghubung dalam melaksana program mampu  menggerakkan semua agensi kerajaan dan swasta membabitkan diri dalam aktiviti sukan.

“Strategi ini bukan saja dapat mengukuhkan semangat kekitaan, malah dapat mencungkil bakat-bakat baru di peringkat daerah, negeri seterus mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sukan Mukim Kalabakan, Tawau.
Menurut Hamisa belia adalah generasi muda bakal mewarisi kepemimpinan negara pada masa akan datang.

“Kita perlu memastikan generasi muda tidak terlibat dalam gejala sosial kurang sihat. Apa yang penting ialah kualiti ilmu dalam diri setiap generasi yang membolehkan mereka memilih apa yang baik dan tidak baik yang sekali gus menjadikan mereka modul insan untuk membangunkan negara,”katanya.

Selain itu katanya, setiap generasi muda juga perlu kualiti disiplin diri dan semangat tinggi yang dapat mengawal tingkah laku, sekali gus berupaya menghadapi pelbagai cabaran.

Beliau rurut menyumbang kompang untuk belia Kalabakan sempena program berkenaan./SayangSabah

Hamisa menyampaikan kompang untuk belia Mukim Kalabakan.

Hamisa menyampaikan kompang untuk belia Mukim Kalabakan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan