Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia perlu fikir risiko akibat tidak terbabit aktiviti fizikal: Tawfiq

tawfiq2

TAWAU: Golongan belia hari ini diminta memikirkan risiko akibat tidak terlibat dengan aktiviti menggunakan fizikal kerana terlalu bergantung kepada aspek rohani semata-mata.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, belia perlu menyeimbangkan antara kedua-duanya bagi melahirkan generasi yang sihat minda dan tubuh badan.

“Belia perlu meningkatkan tahap fizikal mereka selain dari menimba ilmu pengetahuan kerana antara masalah yang dihadapi belia pada masa kini adalah obesiti,’’katanya semasa merasmikan Majlis Perlumbaan Perahu Naga 2014 di sini.

Beliau yang bersetuju dengan ucapan Pengerusi Persatuan-Persatuan Cina Daerah (PPPCT) Dato Yong Chi Fui yang menyatakan ilmu pengetahuan penting tetapi kesihatan fizikal juga tidak boleh di abaikan oleh belia.

Sehubungan itu Tawfiq mengesa, pihak PPPCT meneruskan usaha penganjuran kerana sukan tersebut bukan sahaja mengalakkan gaya hidup yang sihat malah dapat menjalin silaturahim dalam kalangan peserta pelbagai kaum.

Tawfiq yang juga wakil rakyat Apas dalam pada itu juga berkata rakyat Malaysia perlu bersatu padu walaupun mempunyai pandangan politik yang berbeza demi keamanan dan keharmonian yang berterusan.

“Kita mempertahankan ideologi politik kita semasa berkempen, selepas saja pilihan raya, kita semua perlu tinggalkan ideologi politik kita dan menjadi rakyat Malaysia yang berusaha untuk negara,’’katanya lagi.

Dalam pertandingan itu seramai 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan