Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia perlu bersedia menghadapi masa hadapan

1:59pm 02/06/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 11 views Tempatan

WP_20160602_018

KOTA KINABALU- Penglibatan belia dalam persatuan dan kelab dapat menetukan masa depan negara, menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Bin Haji Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah Siri I/2016 yang berlansung di Shangri-La Tanjung Aru Resort disini pagi ini.

“Golongan muda adalah harapan negara, mereka perlu diberikan kesempatan untuk mengasah dan menjana potensi diri mereka,” katanya.

Tambah beliau, persatuan dan kelab sukarelawan berdaftar merupakan salah satu platform yang penting dalam meningkatkan potensi diri dan kepimpinan dalam kalangan belia.

“Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk menjadikan generasi muda sebahagian daripada arus pembangunan negeri dengan memperbanyakkan penyertaan belia dalam persatuan dan kelab sukarelawan secara sah.”

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masuing Banah, Setiausaha Tetap Kementerin Belia dan Sukan Sabah, Tuan Haji Awang Damit Bin Haji Awan Anak dan Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Noorman bin Ramlan.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Sabah, Nourman Rayn Bin Datuk Dr. Awang Zaini berkata terdapat banyak usaha yang diperlukan dalam meningkatkan kemahiran dan taraf hidup belia.

“Justeru itu, dalam kesempatan ini, kami memohon kepada pihak kerajaan agar dapat meningkatkan lai peluang serta kemudahan untuk menggilap, mengasah serta membantu penggembangan bakat serta kemahiran golongan belia khususnya dalam bidang keusahawanan serta perniagaan,” katanya lagi.-Syafathin. M.Y./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan