Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,681

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia Kota Belud Bukti Kemampuan Anjur Acara Tarikan Ramai

3:47pm 26/09/2016 Pak Roshan 28 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

khairy

KOTA BELUD : Belia di daerah ini berjaya membuktikan golongan muda di luar bandar juga mampu menganjurkan acara besar yang berupaya menarik minat masyarakat setempat.

Karnival Varia-C Belia Muhibbah, anjuran Persatuan Kelab BMY dan Persatuan Gabungan Aspirasi Baru dengan kerjasama Gabungan Persatuan Belia dan Beliawanis Zon Utara Kota Belud, mendapat sambutan luar jangkaan daripada penduduk setempat, khususnya golongan muda.

“Kami menjangka kehadiran 5,000 orang, tetapi tidak sangka jumlah yang hadir jauh melepasi sasaran itu,” kata pengerusi penganjur jawatankuasa induk karnival itu Zamzuri Pandikar Amin ketika ditemui pada majlis santai dan makan malam bersama belia sempena karnival tersebut di sini Ahad malam.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Karnival itu berlangsung sejak 10 Sept sehingga malam tadi dengan pelbagai aktiviti diadakan, antaranya pertandingan bola sepak, futsal, sepak takraw, lumba perahu, persembahan tarian kebudayaan dan pertunjukan kereta serta konsert oleh beberapa artis tempatan dan artis jemputan dari Indonesia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan