Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia jangan terjerumus vandalisme

Beginilah keadaan penghadang jalan yang dirempuh oleh pemandu tidak bertanggungjawab. - foto Kalawon Sawing
Beginilah keadaan penghadang jalan yang dirempuh oleh pemandu tidak bertanggungjawab. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU  – Vandalisme yang dilakukan oleh segelintir pihak terhadap harta benda awam menyebabkan kerugian besar terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menggantikan dan memperbaiki kemudahan tersebut.

Sehubungan itu, usaha meningkatkan keselamatan di sekitar pekan ini perlu dalam usaha memerangi kegiatan vandalisme daripada terus berleluasa sehingga membimbangkan penduduk.

Pengawai Daerah, Yusop Osman berkata, kegiatan merosakkan harta benda awam sepatutnya dihentikan dan mereka yang terlibat digesa supaya memikirkan semula bahawa kerajaan membelanjakan kos yang banyak untuk mengindahkan daerah Keningau.

“Apabila daerah ini maju menarik dan menguntungkan ia akan memberikan keuntungan kepada masyarakat daerah ini khususnya  kepada peniaga-peniaga kerana lebih ramai orang datang ke daerah ini” katanya di sini hari ini.

Justeru, katanya, dalam usaha mencantikkan daerah ini, kegiatan vandalisme merupakan perkara tidak sihat dan perlu dihentikan terutama dalam kalangan belia.

Katanya, pujian juga harus diberikan kepada pihak polis yang memantau dari masa ke semasa termasuk melakukan banyak tangkapan dalam usaha meningkatkan keselamatan di sekitar pekan ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan