Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,681

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia harus rebut peluang perniagaan

Tawfiq (tengah) bersama Q Tech group dan belia Tawau

Tawfiq (tengah) bersama Q Tech group dan belia Tawau

TAWAU: Golongan belia harus mengambil peluang yang disediakan oleh  pelbagai pihak termasuklah pihak swasta bagi memajukan diri dalam bidang  keusahawanan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata,  peranan pihak swasta khususnya dalam menyediakan latihan dan kemahiran  serta peluang pekerjaan haruslah disahut dengan penuh komitmen khasnya  oleh para belia.

Katanya, para belia harus mengikis sifat terlalu memilih pekerjaan  terutamanya pekerjaan makan gaji semata-mata, tetapi hendaklah berusaha  mendapatkan latihan daripada pihak lain seperti swasta tanpa terlalu  mengharapkan peluang daripada kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program  Memperkasakan Belia Sabah melalui Program Usahawan Q-Tech di Arena Belia  Tawau di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Jadi Juta Group, Dato’ Azizul Tandek,  Pengarah Urusan Q Tech Dato’ Seri Dr. Aiman Asry Abdullah dan Pegawai Belia  dan Sukan Bahagian Tawau, Jamil Jilap.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas turut  berharap banyak lagi pihak swasta yang tampil secara sukarela dalam  membantu meningkatkan kemahiran belia di samping membantu mereka  mendapatkan pekerjaan.

“ Usaha yang dilakukan oleh pihak swasta dalam usaha memajukan  golongan belia hendaklah diberikan perhatian sewajarnya dan terus diberikan  perhatian, “ tegasnya lagi.

Katanya, golongan muda hendaklah sentiasa berusaha menambahkan ilmu bagi membantu dalam memajukan diri dan keluarga.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan