Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia harus kembangkan bidang kemahiran

Siringan (kanan) melawat pameran
Siringan (kanan) melawat pameran

KOTA KINABALU- Golongan belia terus digesa untuk meningkatkan pengetahuan tentang jenis- jenis latihan dan kursus yang boleh diikuti bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat berkata, belia yang mempunyai pelbagai kemahiran dapat memenuhi permintaan pasaran kerja sesuai dengan keperluan industri.

“Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, institut penyedia latihan kemahiran dan institut pengajian tinggi awam dan swasta yang ada di negeri ini harus bersatu dalam memperkasakan latihan kemahiran di negeri ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Latihan Kemahiran anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pejabat Daerah Penampang, di sini hari ini.

Katanya, dalam majlis itu pameran latihan kemahiran, ceramah perancangan kerjaya juga turut diadakan bagi memberi pendedahan tentang tatacara menghadiri temuduga, mencari pekerjaan dan membuat perancangan kerjaya bagi mencerahkan peluang pekerjaan.

Menurutnya, semua belia yang hadir dalam majlis itu dinasihatkan agar mengambil peluang yang ada bagi mengembangkan pengetahuan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi penyedia latihan yang hadir.

Tambahnya kemahiran bukan sahaja memajukan kerjaya tetapi turut membantu memenuhi keperluan pelbagai industri demi meningkatkan taraf ekonomi negara. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan