Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia Esszone sokong pelaksanaan perintah berkurung

belia esszone

TAWAU: Gabungan Persatuan Komuniti Belia Esszone Sabah menyokong penuh pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan enam daerah Esszone berkuatkuasa 19 Julai 2014.

Ini kerana pendekatan itu adalah ‘show of force’ yang wajar diimplimentasikan oleh pasukan keselamatan negara di dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Pengerusinya Mohd Zaki Harry Susanto berkata, perintah berkurung itu mencerminkan komitmen kerajaan memelihara keselamatan negara sungguhpun segelintir pihak mungkin terjejas dengan pelaksanaannya.

“Pendekatan ini telah lama ditunggu oleh masyarakat khasnya yang menghuni 10 daerah Esszone. Sepatutnya, ia dilaksanakan sejak awal penubuhan Esscom lebih setahun yang lepas demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

“Bagaimanapun, kita mengharapkan agar titik akhir penguatkuasaan bagi daerah Tawau dipanjangkan hingga ke kawasan perairan Kalabakan kerana ia masih terletak di kawasan Tawau dan turut bersempadan dengan negara jiran. Kawasan itu juga terdedah kepada ancaman pencerobohan, penyeludupan dan pelbagai gejala negatif lain yang turut melanggar undang-undang negara,” katanya.

Zaki juga mengharapkan pihak yang terjejas seperti nelayan laut dalam tidak menganggap kerajaan berlaku zalim kepada mereka kerana pelaksanaan perintah berkurung itu adalah sebagai memelihara kepentingan keselamatan awam secara keseluruhannya.

“Sudah pasti akan wujud keadaan pro dan kontra di dalam pelaksanaan setiap perkara. Apa yang perlu, keutamaan haruslah diberikan kepada tuntutan pihak majoriti dan dalam masa yang sama, pihak minoriti juga tidak harus dipinggirkan.

“Dalam hal ini, pasukan keselamatan kita perlulah menggunakan kuasa ‘budi bicara’ apabila berhadapan dengan pihak yang terjejas dengan pelaksanaan perintah berkurung itu,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan