Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia ditegah terlibat dengan provokasi: Rosnah

rosnahh

PAPAR- Golongan belia  diingatkan agar tidak terjebak dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak  tertentu di negeri ini, yang mempolemikkan serta menafikan dasar kerajaan.

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebaliknya brlia disaran memberi tumpuan kepada tanggungjawab  bersama menyokong usaha kerajaan untuk meneruskan pembangunan negara.

“Golongan  belia sebagai barisan pemimpin pelapis seharusnya mempersiapkan diri untuk mengambil alih tugas-tugas menguruskan negara dan bukannya menghabiskan masa berdebat dan mempertikaikan dasar kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Lagu Lagu Patriotik peringkat daerah Papar sempana sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulung, di sini kelmarin.

Rosnah berkata, kemajuan akan terhalang jika belia asyik berpolemik tentang dasar-dasar  serta melayan provokasi yang dilakukan oleh pihak berkepentingan untuk menjayakan agenda peribadi mereka.

“Ingatlah, bukan dasar yang menjayakan sesuatu projek atau pembangunan tetapi tindakan serius yang diambil untuk menjayakan pembangunan berkenaan.

“Kalau kita asyik bercakap, berbahas dan berpolemik, kita hanya akan mengelirukan diri kita sehingga tidak ada apa yang boleh dilaksanakan,” tegasnya.

Sehubungan itu,  Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar mengingatkan para belia supaya melengkapkan diri dengan kecekapan, semangat kental dan sentiasa berusaha untuk menjayakan segala rancangan dan dasar yang telah ditentukan untuk negara.

“Semua belia perlu membuat persediaan untuk mengambil alih tanggungjawab orang dewasa bagi meneruskan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju,” katanya.

Dalam pada itu Rosnah turut memuji usaha belia di daerah itu kerana berhasil menganjurkan satu pertandingan lagu patriotik yang disertai oleh belia pelbagai kaum, keturunan dan agama yang mencerminkan perpaduan yang jitu di negeri ini.

Komen


Berita Berkaitan