Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia diseru agar mengikis tanggapan ‘Makan Gaji’

8:54pm 02/03/2016 Leolerry Lajius 90 views Tempatan
Antara pelajar yang mengikuti forum tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Antara pelajar yang mengikuti forum tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Belia diseru agar mengikis tanggapan ‘Makan Gaji’ dan begantung kepada kerajaan dan membuka ruang minda mereka dengan realiti dunia yang perlu berpandangan jauh.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk belia dan salah satu daripadanya adalah Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang merupakan salah satu platform untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai bidang keusahawan.

“Dalam merebut dan memantapkan budaya berniaga, golongan belia harus mengambil peluang yang disediakan untuk memulakan bidang keusahawanan sebaik sahaja tamat pengajian dan mengikis tanggapan makan gaji dan bergantung kepada kerajaan,”katanya ketika berucap sempena Program Forum Jati Diri dan Gemilang Siswa 2016 di Dewan Al-Bukhari Universiti Teknologi Mara, di sini.

Jainab juga menyeru golongan belia agar tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan, Militan IS dan rusuhan yang boleh memberikan kesan negatif kepada mereka.

Tambah beliau, media sosial yang merupakan salah satu sumber mendapatkan maklumat yang utama perlu digunakan sebaiknya oleh golongan belia dan tidak menggunakan kemudahan itu untuk menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sementara itu menurut Pengarah Penerangan Negeri Sabah Datuk Haji Almain bin Ajirul, forum ini juga akan menjadi wadah terbaik dalam menyampaikan aspirasi mahasiswa yang juga akan didedahkan dengan pelbagai maklumat terutama sekali yang berkaitan dengan pelaksanaan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan sintesis program-program lain seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Dengan forum ini kita berharap agar pelbagai strategi baharu dalam pendidikan akan dapat dikongsikan melalui interaksi antara pelajar yang terlibat dalam forun ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab(depan) dan Almain(belakang) sedang melawat pameran jati diri.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab(depan) dan Almain(belakang) sedang melawat pameran jati diri.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan