Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia Disaran Sertai Program Masjid – Hamisa

beliamasjid

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat menyarankan golongan belia di negeri ini agar menyertai pelbagai program anjuran masjid di kawasan masing-masing bagi mengimarah dan memuliakan Ramadan dengan amal ibadah berterusan.

Beliau berkata penglibatan generasi muda perlu bagi memastikan program-program yang dijalankan oleh pihak masjid mencapai matlamat.

“Oleh itu, saya berharap pemimpin jawatankuasa masjid dan surau supaya bertindak lebih proaktif dalam usaha menarik golongan belia menyertai program dalam bulan Ramadan,” katanya ketika merasmikan Majlis Tadarus al-Quran di Masjid Jamek Kampung Ranggu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai program itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berharap program tadarus al-Quran itu diharap dapat membentuk generasi belia Islam dengan ilmu pengetahuan, sejak awal lagi.

“Saya juga berharap penglibatan belia dalam mengimarahkan masjid ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukannya perkara bermusim,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan