Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BELIA DINASIHAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH

pic-11

RANAU: Golongqn belia dinasihatkan agar terus menyokong kerajaan dan tidak terpengaruh dengan tindak tanduk negatif golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata kerajaan akan terus melaksanakan program dan aktiviti pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat khususnya golongan belia.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri dan perasmian Kompleks Sukan Ranau di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, kerajaan memahami hasrat dan aspirasi golongan belia dan akan terus memberikan peluang dan ruang kondusif untuk memajukan diri.

Kerajaan akan terus memberikan komitmen yang tinggi untuk pembangunan potensi belia yang merupakan pelapis negara masa hadapan. Ini termasuklan peruntukan besar kepada setiap agensi dan kementerian bagi terus menjayakan pelbagai program.

Sebanyak RM10 juta disediakan okeh kerajaan pada 2014 untuk membangunkan program belia dan pembangunan Kompleks Sukan Ranau yang bernilai RM37 juta meruapaka salah satu usaha kerajaan utk memehuni keperluan prasarana belia.

Musa turut menyampaikan anugerah kepada individu dan persatuan belia yang telah berkarya serta menyumbang kepada pembangunan belia.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbakan Ketua Mentei Datuk Yahya Hj Husin, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Menteri Pelancongan Alam Sekitar dan Kebudayaan Datuk Masidi Manjun dan Menteri Sains Telnologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin.

Sementara itu, Tawfiq berkata sambutan Hari Belia Negeri Sabah tahun ini bertemakan “Dari Belia Untuk Belia” membawa sedikit kelainan dengan memberikan peluang sambutan di luar bandar dan daerah kecil di pedalaman Sabah.

Katanya sambutan akan turut diadakan di daerah daerah lain seperti Kudat, Tawau, Beaufort dan Sandakan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan