Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belia diguna pihak tertentu jadi `alat’ pemusnah keharmonian

Sapawi menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan beras kepada warga emas yan layak menerima di majlis tersebut.
Sapawi menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan beras kepada warga emas yan layak menerima di majlis tersebut.


BEAUFORT – Tindakan pihak tertentu menggunakan pelbagai cara termasuklah media sosial untuk mempengaruhi golongan belia dan menjadikan mereka sebagai alat memusnahkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat ketika ini, wajar ditangani.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad mahu agar perkara itu ditangkis menerusi program keagamaan bagi membantu belia daripada terpengaruh dengan usaha pihak tersebut.

“Program keagamaan akan membantu golongan belia untuk berfikir positif selain berupaya membentuk keperibadian tinggi dan inilah perkara penting mengapa kita harus mendekatkan golongan belia dengan agama,” katanya dalam program ziarah Ramadan di Masjid Kampung Suasa, di sini semalam.

Sapawi berkata, penggerak belia harus tidak hanya menumpukan kepada program atau aktiviti sosial atau sebagainya tetapi perlu juga mendekatkan golongan belia dengan program keagamaan.

Beliau menjelaskan, organisasi yang bergerak melalui belia perlu meletakkan asas yang kukuh kepada mereka menerusi suntikan agama dalam program dan aktiviti dijalankan.

Ini kerana, katanya, belia ketika ini berhadapan dengan ujian yang mencabar terutamanya apabila menjadi sasaran pihak tertentu untuk mencetuskan kekecohanan di negara ini.

Dalam majlis itu, Sapawi turut menyampaikan sumbangan kepada 51 warga emas dan 25 orang kurang bernasib baik yang didermakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Pedalaman Bawah serta Gabunagan Belia Pendalaman Bawah.SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan