Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia digalakkan menyertai Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda

9:54pm 19/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 70 views Tempatan
Bonipasius (tiga dari kanan) bersama para peserta Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda

Bonipasius (tiga dari kanan) bersama para peserta Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda

KOTA KINABALU- Para usahawan muda mahupun mereka yang ingin menjadi usahawan digalakkan untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda.

Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Kadazandusun (KKCI), Bonipasius Bianis
berkata program tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman, meningkatkan kemahiran dan juga memberikan motivasi kepada para belia untuk menceburi dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan.

“Kursus ini terbuka kepada semua masyarakat bumiputera kadazandusun di seluruh Sabah. Kami berharap agar ramai belia dari luar bandar dapat menyertai kursus ini,”katanya.

Katanya, program itu merupakan program anjuran dewan perniagaan Kadazan Dusun Sabah Fasa ke 2 dengan kerjasama INSKEN dibawah TERAJU.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar sempena Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda di bilik persidangan, Edgelane Consultancy, Damai Plaza, disini, hari ini.

Menurut Bonipasius, yuran pengajian untuk mengikuti kursus tersebut ditanggung sepenuhnya oleh INSKEN dan Dewan Perniagaan & Perindustrian KadazanDusun namun para pelajar cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 200 sahaja.

“Sekiranya terdapat pelajar yang kurang berkemampuan tetapi ingin mengikuti kursus itu, kami (KKCI) akan membantu pelajar tersebut,”katanya.

Disamping itu, beliau berkata bahawa kursus tersebut bermula hari ini (19 Mac) sehingga bulan Mei manakala proses pembelajaran akan diadakan pada setiap hujung minggu.

“Masa pembelajaran itu adalah mengikut ketetapan yang bersesuaian kepada masa para peserta,”katanya.

Hadir sama, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Kadazandusun, Ladislaus Maluda. Oleh Elezebeth Esther & Syafathin M.Y/ SayangSabah

Tenaga pengajar Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda

Tenaga pengajar Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Muda

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan