Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia digalak melibatkan diri dalam sukan

9:07am 29/01/2016 Ann Vivien 78 views Sukan,Tempatan
Sokongan Mohd Fadzlee (lima dari kanan)  menunjukkan isyarat bagus bersama penganjur dan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut

Sokongan Mohd Fadzlee (lima dari kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama penganjur dan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut

KUALA PENYU : Golongan belia digalak untuk melibatkan diri secara akif dalam pelbagai aktiviti sukan dalam usaha membentuk generasi yang cergas.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, penglibatan aktif itu secara tidak langsung dapat mencungkil bakat golongan sasar sekali gus mengenal pasti potensi yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Dengan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan atau kejohanan di pelbagai peringkat, para belia sentiasa bersedia dengan mempamerkan bakat masing-masing serta kebolehan yang ada dalam diri mereka.

“Kegiatan sukan juga merupakan medan untuk melahirkan bakat baharu dan mewujudkan mayarakat yang sihat,” ujarnya.

Mohd Fadzlee berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan  Sepak Takraw anjuran Pergerekan Pemuda Umno cawangan Berangkok  dengan kerjasama Kawasan Rykun Tetangga (KRT) Kampung Berangkok di gelanggang Futsal kampung tersebut baru baru ini

Sebanyak 24 buah pasukan menyertai kejohanan  yang berlangsung selama dua hari itu bagi merebut piala sumbangan beliau (MohdFadzlee)

Menurut Mohd Fadzlee lagi kejohanan yang dianjurkan itu merupakan langkah positif untuk mencungkil bakat-bakat baharu  khususnya dalam sukan Sepak Takraw

“Oleh itu, seluruh anggota masyarakat diharap melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan secara berterusan agar lebih ramai bakat sukan sepaktakrawa dapat ditonjolkan khususnya dari daerah Kuala Penyu  yang tidak ketandusan bakat untuk diketengahkan dalam pelbagai jenis pertandingan,” katanya.

Tambah Mohd Fadzlee penganjuran kejohanan tersebut  membuktikan bahawa sukan merupakan landasan terbaik untuk mengumpulkan anggota masyarakat terutamanya para belia supaya sentiasa mengamalkan aktiviti sihat dan tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Justeru, beliau berharap penganjuran kejohanan sukan sepak takraw itu akan diteruskan pada edisi yang akan datang.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan