Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia Berpengetahuan Penting Pacu Pembangunan Negara – Tawfiq

tawfiq

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

SANDAKAN : Generasi belia yang berilmu dan berpengetahuan penting bagi memacu pembangunan negara, kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menurut beliau, belia merupakan suatu aset yang cukup berharga dan bernilai kepada negara.

“Kita tidak mahu anak-anak muda lalai dan merasa dalam zon selesa yang boleh menyebabkan mereka terjebak dalam kegiatan merugikan negara.

“…jatuh bangun tamadun bangsa dan negara kita bergantung kepada generasi belia pada masa kini,” katanya ketika merasmikan Seminar Fiqh Belia di sini, Ahad.

Seminar disertai 500 peserta dengan tema ceramah bertajuk “Belia dan Cinta”.

Tawfiq berkata generasi belia hari ini yang akan mencorakkan warna warni negara dalam bentuk membanggakan.

Mengenai seminar itu, beliau berkata ia mewacanakan belia dengan program ilmiah.

Katanya ia dianjurkan bersempena sambutan Hari Belia peringkat negeri dan bukan hanya tertumpu pada perhimpunan rutin sahaja.

Menurutnya lebih bermakna, seminar ini dianjurkan Jawatankuasa Dakwah Sandakan dan belia serta beliawanis Masjid Jamek Daerah Sandakan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan