Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belia ASEAN Dan Jepun Tinggalkan Sabah Untuk Pulang Hari Ini

10:12pm 08/12/2015 Pak Roshan 32 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

SSEAYP

KOTA KINABALU : Lebih 300 belia dari negara-negara ASEAN dan Jepun meninggalkan Sabah hari ini dengan menaiki kapal Nippon Maru selepas berada di negeri ini selama empat hari.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh melahirkan harapan bahawa pengalaman yang mereka peroleh melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sini akan dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan di negara masing-masing.

“Kami berharap penginapan anda di sini akan memahat kenangan yang tidak dapat dilupakan dan bahawa anda semua berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama sanak-saudara, keluarga dan rakan-rakan apabila kembali ke tanah air,” katanya pada upacara perpisahan peserta Program Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Pelabuhan Kota Kinabalu, di sini Selasa.

Jamil berkata pelbagai program yang disertai seperti lawatan ke institusi, inap desa dan interaksi dengan golongan belia yang lain dapat membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan.

“Dunia yang kita didiami hari ini menimbulkan begitu banyak halangan dan cabaran. Untuk membolehkan kita meneruskan kelangsungan hidup dan kemakmuran, kita perlu mempunyai minda kuat dan hati yang cekal,” kata Jamil.

SSEAYP, yang telah melakukan 42 pelayaran antarabangsa sejak 1974, ditaja oleh Pejabat Kabinet Jepun dan disokong oleh 10 negara anggota ASEAN.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan