Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Beli nombor plat kereta RM37.3 juta

ABDULLAH ketika membida Sabtu lalu. Gambar kanan, plat No 1 Kategori 50 yang dibeli dengan harga RM37.3 juta.
ABDULLAH ketika membida Sabtu lalu. Gambar kanan, plat No 1 Kategori 50 yang dibeli dengan harga RM37.3 juta.

Abu Dhabi: Seorang penduduk Abu Dhabi membeli nombor 1 untuk plat kenderaan dengan harga Dh31 juta (RM37.3 juta), enam kali ganda daripada harga rizab di satu acara lelong di sini Sabtu lalu.

Lelaki berkenaan, Abdullah Al Mehri berkata: “Saya sungguh gembira kerana dapat membeli nombor 1. Sungguh menakjubkan dan saya bersedia membayar apa sahaja jumlahnya untuk mendapatkan nombor itu. Saya sering datang ke acara lelong seperti ini dan membeli nombor paling unik.”

Sementara itu, seorang ahli perniagaan tempatan, Abu Mohammad membayar Dh13.4 juta (RM16.4 juta) untuk nombor 7, yang kedua termahal dilelong hari itu.

Dia yang pertama kali menyertai bidaan nombor plat unik itu berkata, nombor 7 itu dibelinya kerana ia mewakili tujuh wilayah dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE). – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan