Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belasah rakan, 3 pelajar dihantar ke Sekolah Tunas Bakti

pelajarpailang

SAMARAHAN : Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

 

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.

Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa turut dimuat naik di YouTube.

Komen


Berita Berkaitan