Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Belasah datuk, nenek dengan kayu besbol

10:18am 10/04/2017 Pak Roshan 1467 views Global

Cassandra Bjorge (kiri). Rumah mayat datuk dan neneknya ditemui (tengah) dan kanan, Cassandra bersama teman lelakinya, Johnny.

Georgia, Amerika Syarikat: Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki membelasah datuk dan neneknya dengan kejam hingga mati.

Cassandra Bjorge, 17, ditahan semalam, bersama teman lelakinya, Johnny Ryder, 19, kerana disyaki membunuh Wendy dan Randall Bjorge, kedua-duanya berusia 63 tahun.

Menurut laporan CBS 46, pasangan remaja itu ditemui tidak sedarkan diri akibat mencederakan diri sendiri yang dipercayai cuba membunuh diri selepas sejam dikepung polis serta pasukan SWAT di sebuah apartemen.

Menurut polis, mayat Wendy dan Randall ditemui di rumah mereka di Lawrenceville. Pasangan itu dibelasah hingga mati namun polis belum dapat memastikan masa serta punca pembunuhan itu.

Polis memeriksa rumah pasangan itu selepas dihubungi jiran yang bimbang kerana beberapa hari tidak melihat mereka serta tidak dapat dihubungi.

Fox 5 melaporkan, pada Sabtu, kakak Johnny menghubungi polis mendakwa adiknya serta teman wanitanya (Cassandra) memukul pasangan itu dengan kayu pemukul besbol.

Menurut polis daerah Gwinnett, punca pembunuhan belum dapat dipastikan namun Johnny dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika sampai ke rumah berkenaan dan berlaku pergaduhan.

Mayat mereka ditemui di ruang tamu manakala seorang lagi dalam bilik air di tingkat atas.

Selepas menemui mayat itu, polis berjaya mengesan Cassandra dan Johnny di sebuah apartmen semalam, dan polis serta pasukan SWAT mengambil masa sejam cuba memujuk pasangan remaja itu menyerah diri.

Pasangan itu kemudian didapati cedera dipercayai cuba membunuh diri dengan pisau dan keadaan mereka kini stabil selepas menjalani pembedahan.

Wendy dan Randall mendapat hak penjagaan Cassandra pada 2016 dan remaja perempuan itu pernah beberapa kali melarikan diri dari rumah sebelum ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan