Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belanja RM650,000 untuk kelihatan seperti Jack Ma

JIAN (kiri) mahu kelihatan seperti Ma (kanan). - Agensi
JIAN (kiri) mahu kelihatan seperti Ma (kanan). – Agensi

Beijing: Seorang pemuda dari wilayah Shenzhen baru-baru ini membelanjakan 1 juta yuan (RM650,000) untuk membolehkan dia mempunyai wajah seperti bilionair, Jack Ma.

Biasanya, pembedahan plastik yang dilakukan bertujuan untuk dilihat seperti bintang filem terkenal.

Bagaimanapun, Huang Jian membuat pilihan berbeza, menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma, pengasas Alibaba, antara orang paling kaya di China dan di dunia.

Jian berkata, antara tujuan dia membelanjakan sejumlah besar wang untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan itu ialah supaya dia boleh menemui Ma, lapor akhbar People’s Daily.

Dia yang bekerja sebagai jurujual merancang memasuki Universiti Hupan, kolej swasta di Hangzhou yang dibuka Ma untuk mengajar usahawan muda cara memulakan perniagaan mereka.

Jian mungkin tidak bernasib baik kerana terpaksa membelanjakan wang dan menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma.

Seorang pengawal keselamatan menjadi popular tahun lalu selepas gambarnya yang mempunyai iras bilionair itu tersebar di Internet. Satu-satunya masalah ialah dia kelihatan sedikit lebih kacak daripada Ma. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan