Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belanda Siasat Peranan Agensi Perisikan Susulan Nahas MH17

mh17

THE HAGUE – Kerajaan Belanda mahu mengetahui sama ada agensi perisikannya memberi amaran kepada syarikat penerbangan mengenai bahaya terbang di ruang udara Ukraine yang sedang dilanda konflik.

Ini susulan nahas membabitkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, Julai tahun lalu, demikian menurut pegawai Belanda hari ini.

Kumpulan pegawai Belanda sedang menyiasat punca nahas pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 di Ukraine yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat dengan kebanyakannya adalah warga Belanda.

Siasatan juga merangkumi mengapa dan berdasarkan apa pesawat berkenaan diberi kebenaran untuk melalui ruang udara negara itu sedang dilanda konflik itu.

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai kedua-dua siasatan itu sudah meminta Badan Jawatankuasa Perisikan dan Perkhidmatan Keselamatan (CTIVD) menyiasat mengenai asas yang digunakan oleh Agensi Perisikan Domestik (AIVD) dan Perkhidmatan Perisikan Tentera (MIVD) membenarkan penggunaan laluan ruang udara Ukraine pada hari nahas 17 Julai itu.

“Apakah maklumat yang diberikan oleh kedua-dua badan perisikan itu sehingga membawa kepada nahas MH17 mengenai keadaan di timur Ukraine. Juga macam mana mereka berkongsi maklumat ini dengan pihak penerbangan berkaitan.

“Apakah sebab mereka benarkan atau tidak membenarkan,” kata the CTIVD dalam laman webnya.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai puak pemisah yang pro-Russia di timur Ukraine yang berperang dengan tentera Kiev sejak April tahun lalu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan