Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belanda dakwa Russia tembak MH17

Stef Blok (gambar kecil) mendakwa Russia menembak jatuh pesawat MH17 walaupun Russia menolak tuduhan itu.

 

MENTERI Luar Belanda, Stef Blok, berkata, laporan interim yang diumumkan semalam, oleh pihak pendakwaan yang menyiasat insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines MH17, menunjukkan pembabitan Russia dalam kejadian itu.

“Laporan itu jelas mendedahkan pembabitan secara langsung Russia dalam insiden itu,” kata Blok ketika ditemui sebelum menghadiri mesyuarat Kabinet bagi membincangkan isu itu.

Kenyataan itu dianggap yang paling tegas yang pernah dikeluarkan oleh ahli politik Belanda mengenai pembabitan Russia dalam kejadian terbabit.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang di wilayah yang dikuasai pemberontak di Timur Ukraine pada 2014, menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Bagaimanapun, Russia menolak tuduhan terbabit dalam insiden berkenaan.

Semalam, pihak penyiasat mengumumkan, peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat itu dilancarkan dari pelancar peluru berpandu milik Briged Ke-53 Anti Pesawat tentera Russia. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan