Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belajar sambil teman ibu berniaga

NIAN NIAN (kiri) belajar dengan menggunakan tong sampah sebagai meja sementara ibunya menjual keledek bakar. - Agensi
NIAN NIAN (kiri) belajar dengan menggunakan tong sampah sebagai meja sementara ibunya menjual keledek bakar. – Agensi

Beijing: Gambar menyayat hati seorang budak lelaki membuat kerja sekolah bermejakan tong sampah awam dalam keadaan cuaca sejuk ketika ibunya berniaga tular di media sosial China dan mencetuskan rasa simpati serta kagum pengguna Internet negara itu.

Budak dikenal pasti sebagai Nian Nian, sembilan, dirakam duduk berhampiran gerai ibunya yang menjual keledek bakar di Qingdao, wilayah Shandong, timur China, lapor portal berita Huanqiu.

Sejak dimuat naik ke Weibo oleh Qingdao Daily pada 21 Disember lalu, gambar itu dikongsikan berulang kali di laman media sosial China dengan ramai berjanji membeli keledek bakar ibunya itu.

Menurut laporan itu, Nian Nian sering dilihat berhampiran Hotel Qingdao Taitung dan sangat rajin belajar.

Peniaga lain berkata, Nian Nian budak baik yang sering membantu ibunya mengemaskan serta menjaga gerai itu.

Nian Nian dan keluarganya dilaporkan berasal dari Henan dan mencari rezeki di Qingdao sejak 10 tahun lalu.

Ibunya, Zhang mencari rezeki pada musim sejuk menjual keledek bakar.

Laporan dan gambar itu menyebabkan ramai pengguna Weibo berazam membantu keluarga Nian Nian.

“Semua kesusahan dialaminya akan menjadi pengalaman berharga pada masa akan datang.

Saya mendoakan kejayaannya,” kata seorang pengguna. – Agensi/HMetro

NIAN NIAN
NIAN NIAN

Komen


Berita Berkaitan