Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belah perut saudara

ANAK saudara mangsa terpaksa melakukan ‘pembedahan’ di pekarangan hospital.
ANAK saudara mangsa terpaksa melakukan ‘pembedahan’ di pekarangan hospital.

Abuja: Seorang wanita terpaksa membelah perut ibu saudaranya yang mati dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak selepas doktor enggan.

Wanita warga Cameroon terbabit yang identiti dan usianya masih tidak diketahui meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital, tetapi anak kembar dikandungnya masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.

Doktor dan jururawat enggan membedahnya kerana dia tidak mempunyai wang, walaupun nyawa dua bayi itu semakin terancam.

Disebabkan itu, anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dan jururawat berkenaan, di luar hospital dalam keadaan cuaca panas terik kerana mereka enggan membenarkan mayat mangsa dibawa masuk.

Akibatnya, tempat ‘pembedahan’ dilakukan dipenuhi darah dan kakitangan hospital terpaksa mencuci kawasan berkenaan selepas mayat mangsa dibawa pergi.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan