Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Belah perut, curi bayi

curi baby

Mexico City: Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum

membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan

membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya

bahawa dia hamil.

Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga

pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang

untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana

tidak mahu dia mati.

“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya

tetapi dia mati,” kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu

keluarganya yang dia tidak hamil.

“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya

begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya

memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya.

Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk

mencuri kandungannya,” kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang

dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak

membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila

pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat

laporan mengenai kehilangan isterinya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan