Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekerjasama Capai Objektif Jawatankuasa Teknikal RCI, Bukan Gesa Dibubarkan – Pairin

7:02pm 07/01/2016 Pak Roshan 196 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

pairin 2

KOTA KINABALU : Semua pihak di Sabah seharusnya memberi kerjasama dan komitmen penuh dalam membantu, Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan-cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, menyiapkan laporan berhubung perkara itu dengan segera dan bukan menggesa jawatankuasa itu dibubarkan.

Pengerusinya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata jawatankuasa itu telah menjalankan tugas dan tanggungjawab diberikan untuk merealisasikan laporan yang mengandungi cadangan bernas menangani isu pendatang asing di Sabah kerana menyedari semua pihak meletakkan harapan tinggi bagi penyelesaian masalah itu.

“(Mana-mana pihak) boleh tegur saya, tetapi (pihak yang menegur) harus menyumbang idea tertentu untuk mencapai objektif yang kita semua inginkan.

Masalah PATI adalah masalah kompleks, kenapa (saya) mengatakan kompleks? Kerana antara (perkara) menyebabkan (masalah PATI) ini ialah kerana orang tempatan sendiri menggunakan mereka dan tidak membantu dalam hal memberi laporan kepada pihak (berkuasa) berkenaan untuk tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas gesaan Timbalan Presiden SAPP Edward Dagul yang mahu Pairin membubarkan jawatankuasa teknikal RCI, yang diwujudkan awal tahun lalu itu, berikutan kelewatan menyiapkan laporan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau tidak mempunyai kuasa membubarkan jawatankuasa itu kerana hanya dilantik bagi mengetuai dan mempertimbang mana-mana cadangan termasuk daripada pembangkang untuk dimasukkan sebagai antara pendekatan menyelesaikan masalah PATI.

“Untuk membubarkan (jawatankuasa) itu bukan isu, kerana jawatankuasa ini memang sudah diwujudkan. Justeru, apa yang penting (sekarang) ialah bagaimana kita membantu menyumbang idea kerana mungkin boleh digunakan kerajaan dan pihak berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, Pairin pernah menyatakan bahawa jawatankuasa itu tidak mahu terburu-buru atau hanya sekadar melengkap dan menyiapkan laporan, sebaliknya mahu lebih serius bagi memastikan semua cadangan juga idea diberikan pelbagai pihak adalah praktikal dalam menangani masalah PATI di negeri ini.

Terdahulu, Pairin menyerahkan bantuan wang persekolahan kepada 60 murid kurang berkemampuan dari empat sekolah rendah di kawasan Parlimen Keningau, Ranau dan Putatan sebagai simbolik program ‘Balik Ke Sekolah’ anjuran Affin Holdings Berhad, disaksikan Pengerusinya Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

Affin, menerusi program tanggungjawab sosial korporat ‘Balik Ke Sekolah’ itu menyumbangkan sejumlah RM120,000 kepada 600 pelajar dari 60 sekolah masing-masing di tiga kawasan parlimen berkenaan.

Turut hadir anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin dan anggota Parlimen Putatan Datuk [email protected] Mojigoh.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan