Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas timbalan pengarah suspek kelima ditahan SPRM

7:56pm 14/10/2016 Pak Roshan 1704 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sprm

KOTA KINABALU: Seorang lagi suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan kuasa bernilai RM3.3 bilion di sebuah jabatan kerajaan negeri di Sabah.

Ia menjadikan lima suspek ditahan setakat ini selepas pengarah dan timbalan pengarah jabatan berkaitan utiliti itu serta dua individu lain ditahan pada 5 Oktober lalu.

Suspek kelima berumur 62 tahun itu ialah bekas timbalan pengarah di jabatan sama tetapi bersara pada tahun lalu dan dilantik sebagai Penasihat Teknikal dan Kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah.

Sumber memberitahu BH, siasatan awal mendapati suspek juga menerima sejumlah wang daripada kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah di jabatan terbabit.

“SPRM juga telah merampas dua kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Toyota Land Cruiser, namun tiada sebarang rampasan membabitkan wang tunai setakat ini.

“Suspek kini direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan