Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kerajaan Dibebas Dengan Ikat Jamin RM500,000

12:35pm 19/10/2016 Pak Roshan 540 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
SPRM tahan bekas timbalan pengarah jabatan k'jaan bantu siasatan kes seleweng pada 14 Oktober lalu.

SPRM tahan bekas timbalan pengarah jabatan k’jaan bantu siasatan kes seleweng pada 14 Oktober lalu.

KOTA KINABALU : Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 Okt lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memerintahkan pembebasan penasihat teknikal dan kejuruteraan di sebuah jabatan kerajaan itu selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili peguam Mohd Faliq Basirudin.

Tahanan reman bekas timbalan pengarah berusia 62 tahun itu, yang bersara pada tahun lalu sebelum dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan jabatan berkenaan, tamat hari ini.

Walaupun dibebaskan, SPRM boleh memanggil suspek pada bila-bila masa jika diperlukan untuk membantu siasatan.

Suspek diwakili peguam Chin Teck Ming, Karpaljit Singh dan Baldev Singh.

Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan empat orang suspek termasuk seorang pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini, berhubung dakwaan penyelewengan projek infrastruktur asas itu dan merampas wang tunai lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan 127 geran tanah dianggarkan bernilai RM30 juta.

Bagaimanapun pengarah jabatan berkenaan dibebaskan pada 16 Okt lalu dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin selepas tempoh tahanan remannya tamat.

Tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah dan adiknya yang merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, dibebaskan pada 17 Okt masing-masing dengan RM500,000 dengan dua orang penjamin manakala akauntan kepada Datuk berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan