Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas senator Labuan meninggal dunia

BEKAS senator Labuan Datuk Yunus Kurus.

 

LABUAN: Bekas senator Labuan Datuk Yunus Kurus, 71, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Pemimpin veteran UMNO Labuan itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9.45 pagi berikutan menghadapi komplikasi jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Dayang Pungut Abdul Jalil dan empat orang anak.

Allahyarham Yunus memegang jawatan senator selama dua penggal iaitu pada pelantikannya pada 2011.

Allahyarham juga memegang jawatan pemangku ketua UMNO Labuan dan pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Jenazahnya akan diterbangkan ke Labuan dan dijangka dikebumikan hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan