Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas Peserta Ratu Cantik Ditikam Ibu Ketika Tidur

11:09am 28/07/2016 Pak Roshan 3804 views Global

PAY-Kumari-Mahendran

PESERTA ratu cantik Wales, Kumari Mahendran berdepan dengan detik-detik mencemaskan selepas ditikam dengan pisau oleh ibunya ketika sedang tidur.

“Mak tikam saya,” katanya sambil menjerit dengan perbuatan ibunya itu.

Wanita berkenaan, Chitrani Mahendran, 74, turut mengejar anaknya dari bilik ke bilik sebelum Kumari berlari keluar ke jalan.

Kumari yang mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Wales pada 2013 sebelum itu telah mengatur supaya ibunya dihantar pulang dari Britain ke Sri Lanka susulan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Saya dikejutkan dua kali oleh ibu yang menyikat rambut saya dan setiap kali terjaga, dia menyuruh saya tidur.

“Saya kemudiannya merasakan seperti satu tumbukan di leher dan apabila terjaga ibu berdiri di sebelah saya dengan pisau dapur.

“Ia mengejutkan dan apabila saya memegang leher, darah mengalir melaluinya dan saya hampir pengsan,’’ katanya ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Kumari, yang menuntut dalam bidang matematik di Universiti Cardiff turut diminta oleh ibunya untuk berbincang bagaimana mahu menerangkan kes berkenaan kepada polis.

Dia kemudiannya bergelut dengan Chitrani dan berjaya merampas pisau sebelum menolak wanita itu dan melarikan diri.

Jiran yang mendengar jeritan Kumari telah menghubungi ambulans dan polis.

Chitrani bagaimanapun tidak hadir pada sesi perbicaraan di mahkamah kerana sedang dirawat di hospital sakit jiwa. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan