Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas Perdana Menteri tiba di KK

Pak Lah bersalaman dengan sambil di perhatikan Yahya (kiri)

Pak Lah bersalaman dengan yang hadir sambil di perhatikan Yahya (kanan)

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi disambut oleh orang ramai setibanya di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.
Ketibaan Abdullah dan isteri, Tun Jeanne Abdullah untuk menghadiri acara rasmi di Kota Kinabalu disambut oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin  yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Ahmad Ayid, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan, pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan ketua-ketua jabatan kerajaan.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan