Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,772

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas Pengurus Besar SLDB, pemilik syarikat didakwa pecah amanah RM8.9 juta

7:57pm 20/09/2016 Leolerry Lajius 1923 views Jenayah,Mutakhir

img-20160920-wa0001

KOTA KINABALU: Bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB) dan pemilik sebuah syarikat kelapa sawit masing-masing didakwa atas satu kesalahan pecah amanah (CBT) dan bersubahat melibatkan wang bernilai 8,999,999.30 di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu, hari ini.

[email protected] Majid,63, dituduh dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah dengan meluluskan wang berjumlah 8,999,999.30 melalui empat transaksi kepada seorang pemilik syarikat kelapa sawit, How Kim San tanpa pengetahuan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah serta Menteri Kewangan Sabah.

Manakala, Kim San pula dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana bersubahat bersama George melakukan kesalahan pecah amanah.

Mengikut pertuduhan tersebut, George didakwa membuat bayaran kepada Kim San sebagai bayaran pampasan terhadap tanah dan tanaman di Kampung Babason, Sook, Keningau, Sabah sedangkan tanah seluas 165.921 hektar (410 ekar) tersebut merupakan milik kerajaan Negeri Sabah.

Bagi kesalahan tersebut, kedua-dua mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan denda.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Wisma Sabah Land Development Board antara 22 Mac 2013 hingga 14 Ogos 2013 .

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin bagi setiap seorang dan pasport mereka dikehendaki diserahkan kepada mahkamah.

Hakim menetapkan tarikh 27 Oktober 2016 untuk sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan bagi SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan