Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bekas pengarah kena penjara 1,942 tahun

1:07pm 12/06/2014 Pak Roshan 175 views Nasional

penjara

KUALA LUMPUR:  Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen, di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram membabitkan RM24 juta, empat tahun lepas.

Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Oktober 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat – Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd atas kapasitinya sebagai pengarah.

Leong pula dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari semalam.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan