Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas Pembantu Tadbir Syarikat Bekalan Air Didakwa Pecah Amanah Lebih RM160,000

pecahamanah

MELAKA: Seorang bekas pembantu tadbir sebuah syarikat bekalan air hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas satu tuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai RM 165,863 milik majikannya, Januari lepas.

Zanariah Ja’abar, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Syarikat Air Melaka Berhad, Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini antara 2 hingga 21 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam mahkamah yang sama seorang kontraktor paip Zulhadi Taib, 36, didakwa bersubahat denagan rakannya Zanariah melakukan kesalahan pecah amanah itu.

Zulhadi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen


Berita Berkaitan