Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas Pembantu Tadbir Sambilan KPM Rayu Bantuan Kerajaan Negeri Baharu

KOTA KINABALU: Kumpulan bekas Pembantu Tadbir Sambilan (Pembantu Guru) lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu agar kerajaan negeri yang baharu dapat membantu menyelesaikan isu perlantikan semula mereka.

Noor Ismawaty Ismail.Gambar Fail SNT

Kumpulan itu berharap, kerajaan negeri melalui Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah yang baharu diwujudkan dapat membantu menyelesaikan isu ini yang sudah banyak kali diutarakan namun tiada sebarang maklumbalas yang positif diterima.

Wakil kumpulan itu, Noor Ismawaty Ismail berkata, dokumen rayuan sudah diserahkan di pejabat Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah melalui serahan kaunter dan berharap akan ada tindakan sewajarnya.

Menurut Ismawaty, mereka kecewa dengan pentadbiran terdahulu kerana rayuan demi rayuan yang telah dikemukakan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Malah, wakil kumpulan itu juga telah bertemu dan menyerahkan sendiri memorandum kepada mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu namun maklumbalas yang diterima mendukacitakan.

“Kumpulan kami jadi “halimunan” dan hanya wujud di Kedah dan Melaka sedangkan kami pun terlibat dalam program ini”

“Saya hairan kenapa mantan Menteri Pendidikan Malaysia boleh cakap semua Pembantu Guru bagi Kedah, Sabah dan Melaka masih bertugas seperti biasa dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Mac 2017.

“Tetapi hakikatnya, kami tidak pernah dilantik semula selepas tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2013,” jelas Ismawaty yang ditemui disini hari ini.

“Kami berharap kerajaan persekutuan dan negeri yang baharu dapat mendengar rayuan kami seterusnya kami dilantik semula,” ujarnya lagi.

Pada tahun 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan jawatan ini bagi negeri Sabah dan Kedah untuk membantu mengurangkan beban tugas guru.

Seramai 813 orang terlibat bagi negeri Sabah dan telah ditempatkan disemua sekolah-sekolah negeri ini.

Namun, perjawatan ini hanya diteruskan bagi negeri Kedah dan Melaka tetapi tidak di Sabah.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan