Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas pelawak jadi Presiden Guatemala

MORALES (kanan) dan isterinya Hilda selepas upacara mengangkat sumpah jawatan, semalam.
MORALES (kanan) dan isterinya Hilda selepas upacara mengangkat sumpah jawatan, semalam.

Guatemala City: Bekas pelawak televisyen, Jimmy Morales mengangkat sumpah menjadi presiden baru Guatemala awal semalam dalam upacara yang dihadiri pemimpin dari negara di benua Amerika.

Antara tetamu yang hadir, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden serta presiden Mexico, Ecuador dan kebanyakan pemimpin negara Amerika Tengah.

Bekas raja Sepanyol, Juan Carlos juga menghadiri majlis itu.

“Tidak bertolak ansur dengan rasuah atau kegiatan mencuri, itu sesuatu yang mampu kita lakukan dan akan dilakukan dari hari pertama,” katanya selepas mengangkat sumpah.

Morales, 46, sebelum ini terkenal dengan watak sebagai lelaki kampung yang hampir menjadi presiden.

Dia dilantik presiden selepas menang besar dalam pilihan raya 25 Oktober tahun lalu, walaupun tidak mempunyai pengalaman politik.

Kejayaannya memenangi pilihan raya berkenaan berpunca daripada kebencian rakyat terhadap rasuah, terutama selepas skandal besar dihadapi pemimpin terdahulu, Otto Perez.

Bagaimanapun, sokongan politiknya agak lemah dengan parti konservatifnya hanya menduduki 11 daripada 158 kerusi Kongres.

Tiada ahli partinya di dalam jawatankuasa pemandu Kongres.

Parti Morales juga berdepan tuduhan kononnya pengasasnya yang juga bekas pegawai tentera terkait dengan kekejaman pada perang saudara Guatemala antara 1960 hingga 1996.

Menurut biografi rasminya, Morales memiliki ijazah dalam pentadbiran perniagaan, sarjana dalam media dan komunikasi dan satu lagi dalam pengajian strategik dengan pengkhususan dalam pertahanan serta keselamatan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan