Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas pegawai ‘skodeng’ skirt wanita ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, di Solaris Dutamas jam 1 tengah hari tadi selepas lelaki itu disyaki merakam bahagian bawah skirt pekerja wanita menggunakan telefon bimbit di kedai cermin mata, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki itu yang berusia 47 tahun berkenaan ditahan ketika berada di sebuah restoran di lokasi berkenaan.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336).

“Permohonan reman terhadap lelaki itu dijangka dibuat esok,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, di sini, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Azis Jamman merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Malah, video perbuatan keji lelaki itu yang berdurasi selama 1 minit 46 saat terbabit turut dimuat naik di laman sosial Facebook.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khee memaklumkan insiden itu berlaku ketika dia sedang membuat pemeriksaan mata timbalan menteri berkenaan sebelum menyedari tindakan lelaki terbabit mengubah kedudukan kerusi dan duduk rapat menghamipirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

Pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati lelaki itu merakam bahagian dari bawah skirt wanita terbabit. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan