Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas pegawai ‘skodeng’ dibebas dengan jaminan polis

RAKAMAN CCTV menunjukkan pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dipercayai merakam bahagian bawah skirt juruoptik di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

 

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, yang merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, di sini, Sabtu lalu, dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dilepaskan selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Lelaki itu dibebaskan kira-kira jam 10 malam tadi (semalam) dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 1 tengah hari di sebuah restoran di Solaris Publika, di sini, bagi membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336).

Mohd Azis dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan beliau sudah memecat lelaki terbabit.

Sebelum itu, petugas wanita terbabit, 30, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, selepas menyedari lelaki berkenaan merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.

Malah, video perbuatan keji lelaki itu selama 1 minit 46 saat turut dimuat naik di Facebook. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan