Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas pegawai kementerian dituduh minta suapan RM1.8 juta

rahsuah

SELANGOR: Seorang bekas pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi atas tuduhan meminta suapan 10 peratus bagi projek kemasyarakatan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bernilai RM18 juta, empat tahun lalu.

Tertuduh, Hazmi Samsudin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Berdasarkan fakta pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan bagi Projek Kemasyarakatan 1Azam bagi Menaiktaraf dan Membaikpulih Balairaya, Dewan Masyarakat, Surau dan Masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek hampir RM18 juta daripada individu bernama Zainal Arifin Lahuri.

Suapan diminta sebagai dorongan bagi mendapatkan persetujuan Ketua Setiausaha KPWKM untuk melantik Kontraktor Kelas F Tempatan bagi melaksanakan projek berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan