Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas model Playboy dijel

brandi

Sydney: Bekas model Playboy, Brandi Brandt semalam dipenjara enam tahun selepas didapati

bersalah terbabit dalam sindiket menyeludup dadah ke Australia.

Brandt yang pernah berkahwin dengan pemain bass kumpulan Motley Crue, Nikki Sixx mengaku

bersalah April lalu atas tuduhan bersubahat mengimport dadah.

Pendakwa raya berkata, Brandt menjadi sebahagian daripada sindiket yang menyembunyikan

bungkusan berisi kokain dalam penerbangan pesawat penumpang Qantas dan Amerika Syarikat

dari California ke Sydney pada 2007.

Kakitangan sebuah syarikat katering penerbangan kemudian akan mengambil bungkusan itu

selepas pesawat mendarat.

Brandt yang dilahirkan di California dan berusia 45 tahun, dituduh bersubahat dengan yang lain

untuk mengimport kokain antara Julai dan Disember 2007.

Semalam, Hakim Mahkamah Daerah Peter Zahra berkata, peranan yang dimainkan Brandt tidak

seteruk anggota sindiket lain.

Peguamnya, Phillip Boulten merayu hukuman lebih ringan dan mengaku Brandt melakukan

beberapa kesilapan bodoh.

Bagaimanapun, menurutnya, ia berpunca daripada kesukaran hidup yang dilaluinya serta didikan

yang tidak sempurna.

“Dia mengalami kesukaran hidup, dibesarkan dalam persekitaran yang tidak baik. Dia menyalah

guna dadah sejak remaja. Bapanya penagih dadah dan dia meniru gaya hidup ibu bapanya,” kata

Boulten. – AP

Komen


Berita Berkaitan