Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BEKAS MENTERI DI JPM TAN SRI ABDUL HAMID ZAINAL ABIDIN MENINGGAL DUNIA

jpm

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini Selasa malam.

Allahyarham berusia 70 tahun.

Menurut anak Allahyarham, Junaidi Abdul Hamid, bapanya meninggal dunia
kira-kira 9.50 malam.

Abdul Hamid dimasukkan ke IJN sekitar 4 petang selepas mengadu sukar bernafas.”Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn,Cheras dan dijangka dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn pada kira-kira 11 pagi esok,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Salam takziah kepada keluarga Brig Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin atas pemergian beliau. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Anak kelahiran Bagan Datoh, Perak pada 20 Feb 1944 itu merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001 hingga 2004 selain pernah menjadi Pengerusi Mara dari 2004 hingga 2008.

Sebelum itu, Allahyarham memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari 1995 hingga 2001.

Allahyarham dilantik sebagai senator dari 2001 hingga 2004 dan pernah menjadi Anggota Parlimen Parit Buntar susulan Pilihan Raya Umum ke-11.

Allahyarham turut dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan 2013. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh yang disanjung ramai.

“Kita kehilangan seorang lagi tokoh. Allahyarham telah menyumbang dalam banyak perkara yang berkaitan dengan soal agama,” katanya ketika ditemui di IJN. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan