Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BEKAS MB KELANTAN NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

TGNA

KOTA BAHARU, 12 Feb : Bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini malam ini.

Beliau berusia 84 tahun.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga pada pukul 9.40 malam.

Nik Abdul Aziz yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam.

Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak banjir Disember tahun lepas.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan