Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bekas Ketua Pengarah Esscom dilantik TKSU Kementerian Kesejahteraan

mentek

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa semalam.

Selepas penstrukturan Esscom, beliau diberi peluang memegang jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Kementerian Pendidikan di Putrajaya bermula 1 Oktober tahun lalu.

Beliau menerima surat pelantikan untuk jawatan baharu di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu baru-baru ini. Mohammad yang juga bekas Pengarah Imigresen Sabah dilantik sebagai Ketua Pengarah ESSCOM mulai 1 April 2013.

Anak jati Semporna itu berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Statistik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Minnesota University, Amerika Syarikat, menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1992 dan dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah mulai 14 Ogos 2010. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan